Isnin, 1 Disember 2008

32,760 Projek Perumahan Rakyat Milik DBKL


Kementerian Wilayah Persekutuan telah berjaya membangunkan sebanyak 32,760 Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari tahun 1999 sehingga kini. Menterinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, rumah tersebut mempunyai kemudahan tiga bilik dan dua bilik air bagi tujuan keselesaan kepada penghuni.Sehubungan itu katanya, semua penghuni yang tinggal di kawasan setinggan dan rumah panjang telah dipindahkan berikutan penghuni sebelum ini mengalami masalah ketidakselesaan ekoran ruang kediaman yang kecil. Sumber: Utusan Malaysia.

1 ulasan:

bahteramalaya berkata...

Bagus jugak tue......buat rumah berkonsepkan mcm tue......ada tiga bilik dua bilik air......

Tapi apa pendapat PENULIS jika kerajaan menggunakan sistem sewa-Beli (BUMI PUTRA SAHAJA) rumah tersebut......BAHTERA berpendapat ianya wajar....sebab tak ramai bumiputra yang ada aset mereka sendiri dlam Kuala Lumpur nie.....