Isnin, 1 Disember 2008

Bangunan Terbengkalai Cacatkan Kuala Lumpur!!!




Cukup singkat masa berlalu. Itu yang boleh dikatakan apabila melihat satu demi satu bangunan terbengkalai di ibu negara sejak 10 tahun sampai sekarang, masih gagal dipulihkan. Bukan satu atau dua projek yang terbengkalai sebaliknya berpuluh-puluh projek daripada skala kecil, sederhana dan besar ekoran kegawatan 1998 yang menjejaskan banyak negara di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. Hari ini, dunia sekali lagi mengalami kemelesetan ekonomi yang sudah pun menjejaskan banyak negara. Justeru melihat keadaan kondominium terbiar di Taman Angsana Hilir, Ampang sejak 10 tahun lalu, nasibnya akan terus begitu dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Sumber: Utusan Malaysia

32,760 Projek Perumahan Rakyat Milik DBKL


Kementerian Wilayah Persekutuan telah berjaya membangunkan sebanyak 32,760 Projek Perumahan Rakyat (PPR) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari tahun 1999 sehingga kini. Menterinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, rumah tersebut mempunyai kemudahan tiga bilik dan dua bilik air bagi tujuan keselesaan kepada penghuni.Sehubungan itu katanya, semua penghuni yang tinggal di kawasan setinggan dan rumah panjang telah dipindahkan berikutan penghuni sebelum ini mengalami masalah ketidakselesaan ekoran ruang kediaman yang kecil. Sumber: Utusan Malaysia.

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Berpuashati

Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu cawangan Datuk Keramat berpuas hati apabila tuntutannya bakal dipenuhi sebagai syarat untuk mereka bersetuju berpindah ke pasar baru. Walaupun sedar bukan semua tuntutan mereka akan diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), namun mereka berharap sekurang-kurangnya perkara-perkara penting 'yang mesra peniaga' diberikan keutamaan. "Kami berterima kasih kepada Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Datuk Noh Omar kerana sudi melawat pasar baru dan lama serta mendengar masalah serta mengambil kira tuntutan kami. Sumber: Utusan Malaysia.

Isu Pasar Datuk Keramat Selesai?



Kekusutan isu para peniaga di Pasar Datuk Keramat di sini yang enggan berpindah ke pasar baru akan terlerai selepas pertemuan mereka dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique. Zulhasnan, yang melawat pasar baru itu bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar pada dasarnya bersetuju bahawa beberapa tuntutan para peniaga itu wajar diberikan pertimbangan demi kepentingan perniagaan mereka. Para peniaga itu enggan berpindah ke pasar baru kerana berpendapat kemudahan yang disediakan di situ tidak menepati keperluan mereka dan juga menimbulkan risiko perniagaan mereka terjejas. Oleh itu, para peniaga telah membuat beberapa tuntutan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar pengubahsuaian dibuat terutamanya terhadap kedai di pasar basah selain beberapa kemudahan lain. Zulhasnan yang turut mendapatkan pandangan peniaga dan penerangan arkitek perunding projek dalam lawatannya selama kira-kira dua jam di situ berpendapat beberapa perkara memang memerlukan pengubahsuaian. Katanya, beliau setuju ada perkara-perkara yang perlu diteliti semula seperti reka bentuk kedai, saiz dan kawasan letak kereta serta isu keselamatan. Sumber: Utusan Malaysia

Ahad, 30 November 2008

Chow Kit Bakal Berubah Wajah


Kawasan Chow Kit yang terkenal sebagai pusat pelacuran dan sarang penagih dadah bakal berubah wajah selepas kerajaan menaik taraf kawasan itu sebagai pusat pelancongan yang akan dilaksanakan tahun depan. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, berkata dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM40 juta membabitkan keseluruhan projek pembangunan di ibu kota termasuk Chow Kit.“Bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian memperuntukkan RM14 juta bagi mempertingkatkan Jalan Dewan Sultan Sulaiman dari satu lorong kepada dua lorong pergi dan balik, selain menghubungkan terus laluan itu ke Jalan Raja Abdullah seterusnya ke Jalan Tengku Abdul Rahman yang siap pada April lalu.“Kami juga merancang membangunkan kemudahan infrastruktur kawasan ini seperti menaik taraf pasar, penyusunan kawasan perniagaan serta meningkatkan perkhidmatan awam,” katanya. Sumber: Harian Metro

Walkway Connecting Major Tourist Spots


NEW roads and a walkway connecting major tourist spots in Kuala Lumpur will be ready soon. Federal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique said that plans to build roads connecting Jalan Chow Kit, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Jalan Tun Razak and Jalan Tuanku Abdul Rahman are under way.“Out of the three phases, the first is already complete and this is the road linking Jalan Dewan Sultan Sulaiman to Jalan Tuanku Abdul Rahman. The cost of this project is RM14mil,” Zulhasnan said.The next phase is to build a road from Jalan Raja Abdullah to Jalan Tun Razak at the cost of RM40mil and lastly a walkway connecting Dataran Merdeka, Jalan Tuanku Abdul Rahman and Chow Kit with an estimated cost of RM8.6 mil. “We are now at the design stage and we are looking for the right company to award the tender to,” he added. The new projects are part of the Federal Territories Ministry’s plans to boost the image of Chow Kit. Source: The Star.

Chow Kit Akan Kembali Gemilang!!!


Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat mengembalikan kegemilangan Chow Kit sebagai pusat tumpuan orang ramai khususnya di kalangan pelancong yang datang ke Kuala Lumpur. Menterinya, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, ia merupakan satu lagi usaha kementerian untuk memastikan Chow Kit tidak tercicir daripada arus pembangunan dan pembaharuan yang sedang dilaksanakan kerajaan. Beliau menjelaskan, pihaknya juga mahu mengembalikan semula jenama kawasan tersebut supaya mampu berdiri seiring dengan kawasan-kawasan ternama yang lain di sekitar ibu negara sebagai sebuah kawasan pelancongan yang tersohor. Sumber: Utusan Malaysia.