Ahad, 30 November 2008

Chow Kit Bakal Berubah Wajah


Kawasan Chow Kit yang terkenal sebagai pusat pelacuran dan sarang penagih dadah bakal berubah wajah selepas kerajaan menaik taraf kawasan itu sebagai pusat pelancongan yang akan dilaksanakan tahun depan. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, berkata dibawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan RM40 juta membabitkan keseluruhan projek pembangunan di ibu kota termasuk Chow Kit.“Bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian memperuntukkan RM14 juta bagi mempertingkatkan Jalan Dewan Sultan Sulaiman dari satu lorong kepada dua lorong pergi dan balik, selain menghubungkan terus laluan itu ke Jalan Raja Abdullah seterusnya ke Jalan Tengku Abdul Rahman yang siap pada April lalu.“Kami juga merancang membangunkan kemudahan infrastruktur kawasan ini seperti menaik taraf pasar, penyusunan kawasan perniagaan serta meningkatkan perkhidmatan awam,” katanya. Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan: